Pages

Hye Uolllss..Welcome to MamaHOts Blog....TQ sbb sudi melawat yew..LOVE U ALL SO MUCH!!!!! Free singgah la lagi ye, jgn malu2...

Friday 9 May 2014

Assalamualaikum wbt....
Hai semua...lama da rsnya x update blog ni.. sejak pmergian arwah abah, mood nk mnulis lenyap trus.. tp lps hampir 8bln pmergian arwah, baru la diriku bole trima dan redha...Allah lebih mnyayangi nya...

Okey, ape2 pon xmo sedih2... kene kuat...actually tgerak hati hari ni nk kongsi psl Diet yg tgh sy On skrg ni...iaitu diet ATKINS..ape itu ATKINS...

Diet atkins adalah diet sehat yang menekankan pemakanan seimbang dan sumber makanan yang segar serta bernutrisi. Tidak ada istilah berlapar dalam diet ini kerana kita dikehendaki makan sekurang-kurangnya 4-5 kali sehari.

Breakfast /snacking before lunch/lunch/snacking before dinner dan dinner....takda supper sorry .

Badan kita menggunakan 2 sumber tenaga
1.glucose (sumber dari gula dan carbohidrate) ,
2.ketone (daripada pembakaran lemak bdn).

Dalam pemakanan harian kita , kita selalunya mengambil byk carbohidrate dan gula.....daripada nasi,roti,biskut,minuman manis, 3in1,oat ,buah-buahan dan sebagainya. Sumber makanan ini mengandungi kandungan gula dan carbo yg tinggi.

Badan kita hanya menggunakan sebahagian sahaja glucose yang kita ambil sepanjang hari sekadar mencukupi untuk aktiviti harian tubuh bdn.

(mkn,minum,tidur,bejalan,mandi,besenam,berak dan sebagainya). Glucose yg lebih akan ditukarkan oleh insulin bdn sebagai lemak bdn dengan tujuan dan harapan supaya akan digunakan apabila diperlukan nanti.

Tetapi malangnya pemakanan kita selalunya tinggi carbo dan gula...maka lemak bdn tidak pernab berpeluang untuk digunakan sebab bdn sentiasa mendapat bekalan carbo/gula.

glucose.....ini kerana apabila level glucose menurun otak akan signal supaya mkn (craving/hunger) ....maka kita akan mkn (carbo dan gula) /satisfy....

selalunya bila level glucose tinggi lepas makan, insulin akan bertindak untuk stabilkan dgn menukarkan glucose yg lebih kepada lemak jadi lemak akan bertambah.....

Biasanya apabila penat exercise kita akan minum/mkn lebih....ini akan menyebabkan lemak bdn tidak berpeluang untuk digunakan (lipolysis).

Diet atkins.
Diet atkins ada 4 fasa 1-4

Fasa 1 ....mesti mengawal pengambilan carbo makanan 18g-21g carbo sahaja sehari selama 2minggu..(induction phase/kick-start)

Fasa 2....boleh tambah jumlah carbo makanan 5g-10g daripada fasa 1 - (balancing phase)

Fasa 3....boleh tambah lagi 5g-10g daripada fasa 2 - (pre-maintainance phase)

Fasa 4......boleh tambah lagi carbo sehingga 70g-90g bergantung kepada tahap toleransi carbo seseorang. (Selagi berat tidak meningkat) - (maintanance phase)

Kenapa mesti +-20g carbo di fasa 1?
Asasnya adalah tubuh bdn kita akan sentiasa menggunakan glucose sebagai sumber tenaga pertama...apabila glucose sudah habis digunakan maka automatik lemak bdn akan digunakan sebagai sumber tenaga....

Beberapa kajian sains menemui jumlah kandugan carbo 20g sahaja sehari adalah yang paling ideal untuk menggalakkan bdn menggunakan glucose dgn cepat dan habis dan dpt memulakan pembakaran lemak sebagai tenaga seterusnya...... ingat bahawa bdn sentiasa memerlukan tenaga untuk berfungsi...

Apabila lemak dipecahkan (lipolysis /ketosis) makan ketone akan dihasilkan..... carbohidrate /gula menghasilkan glucose... Ketone adalah sumber tenaga yang utama untuk otak dan otot....lebih effisien berbanding glucose...apabila ketone digunakan dengan automatik badan akan lebih bertenaga, fokus, kurang craving untuk manis2 dan cepat kenyang apabila mkn.

Ketone juga mempunyai kesan menstabilkan fungsi insulin dan cholesterol bdn (good/bad ratio).

apabila bdn sudah kick-start lipolysis makan lemak yang selama ini menunggu untuk digunakan akhirnya digunakan (yea yea yeah)......secara automatik berat lemak bdn akan mengurang dan bahagian2 lemak terkumpul dalam bdn akan menyusut.... ..pendek kata slim .....

Apa yang perlu kita buat???

Pertama kena makan makanan seimbang

1. Mesti ada protein - sumber dari haiwan (ikan/ayam/daging - 0g carbo) / telur - sebiji telur ayam 0.6g carbo...
2.mesti ada lemak - lemak haiwan eg.kulit ayam/daging/ minyak/olive oil lagi bagus/ majerin/butter/keju (byk choice) / bukan nasi lemak please....
3. Fiber/vitamin dan mineral - mesti makan byk sayur-sayuran hijau.....kalau bukan hijau mcm capsicum kuning/merah biasanya tinggi carbo...carrot dan potato tak dibenarkan kerana berkanji (high karbo)...salad/sawi/kailan/asparagus/kobis/koboi/bunga kobis/brokoli/ taugeh/ zukini/timun dan byk lagi digalakkan.

Basically....makan mcm biasa 4-5 kali sehari cuma hadkan pengambilan carbo/gula......apa yang perlu dihadkan

1. Segala jenis tepung2 dan bahan2yang daripada tepung eg.kuih cincin .kuih muih,goreng pisang ,cekodok, roti ,roti canai, roti prata,tose,roti sardin, roti telur, nasi, nasi bariani, nasi beras herbaponi tajmahal, nasi himpit, biskut, keropok2 sebab ada tepung/ pasti/makaroni/ bihun/soto/kuih teow/ mee tuaran/ mee kampung pek/ nasi dagang/ cendol/pulut / nasi lalap/ nasi ayam penyet (ayam sahaja dgn syur boleh)...ubi2 semua jenis ubi termasuk ubi badak/ubi keling/ubi kayu/ubi batu/upin dan ipin/ dan segala bentuk carbohidrate....
2. Elakkan makanan yang bergula eg.teh tarik ping dgn susu pekat manis (kalau 0 ok)....soft drink,madu, sirap manis, buah-buahan tidak dibenarkan dalam fasa 1 - fasa 3. Fasa 4 boleh dah......apa2 yg ditambah gula elakkan ...contohnya bubur ke apa ke yg ada gula ...especially sweet coklat...serbuk coco asli boleh....
3.elakkan makan rapu dan makanan yg terproses yg tinggi gula dan carbo - caranya kena baca "nutritional info" di tin/paket/label makanan tersebut ....kita akan belajar lebih lanjut nanti.....

Jadi kalau semua tak boleh lapar la nanti ??? Mana sumber tenaga ??

Jangan risau kita tidak akan berlapar sebab kita mesti mkn 4-5kali sehari dengan makanan yg berkhasiat dan menyehatkan cuma kurang carbo dan tiada gula....gula adalah racun metabolisma bdn.....

Dari mana carbo untuk cukupkan 20g carbo sehari selama 2minggu untuk fasa 1.

Jawapannya adalah daripada sayur2an hijau dan sedikit daripada protein dan lemak yang kita makan. Contonya kobis 100g mengandungi 6g carbo,telur ayam sebijik 0.6g

carbo...keju chessdale sekeping 1.1g carbo.....

Perubahan akan berlaku dalam masa 2 minggu....

Woooww pnjg nye celoteh..ade ke org nk baca entry pnjg2 ni...x kesah la hehehe...

Nak berkongsi... Mula stat diet ni pada 1/1/2014..Azam baru katanya..
Actually xde la gemuk mne pon tp saje nk nmpk slim n hot..so try la jgk.. amik ms 2mggu jgk la nk fhm
diet ni...puas la baca buku ATKINS ni..
 
 

Da lps baca tu..bmula la..diet Atkins ku...fewwww....
 
Berat bfore 82kg
Owhh no..see my Drumstick...mcm x caya wooo...lps ank 2 cmni jadinye...bgai dipam2...hahahaha...
 
Tanam kan azam nk kurus sbb raya tahun ni nk bgaya skit ngn baju yg comel, so kene la ikat perut
tahan nafsu mkn ni... dlm 2 mnggu berat trun mmg bnyk... 
 
Slps 2mggu 77kg
fewwww.... 2mggu pny gambar..


Dalam diet ni bnyk pntang larangnye... 


 
Tapi bkn utk slamanya...ade phase die la nk kene lalui...sbb x yakin bdn ni bole kurus ngn mkn produk
kurus kn...so diet ni paling jimat...hari2 mkn telur...

Mkn telur hari2 x tkut kolestrol ke...hurmmm rmai x tahu sbnrnye khasiat telur ni...ape khasiatnye..


RAMAI mendakwa makan telur dalam jumlah yang banyak boleh menjejaskan kesihatan kerana tahap kolesterol yang tinggi. Namun adakah benar fakta tersebut?
Sebenarnya, mengamalkan memakan telur ayam adalah baik kerana banyak khasiatnya. Ia adalah makanan asli yang ideal dan diterima sebagai diet harian manusia di seluruh dunia.
Sejak turun-temurun lagi, telur ayam menjadi makanan menyihatkan dan ubat bagi pelbagai penyakit.
Cara penyediaannya juga mudah. Ia boleh dimasak dengan pelbagai cara sama ada separuh masak, tiga suku masak, rebus, goreng, sambal, kari dan sebagainya.
Telur ayam kampung boleh dijadikan penawar atau ubat tradisional bagi merawat pelbagai penyakit. Permintaannya sangat tinggi kerana ia mengandungi vitamin dan galian yang mencukupi hasil daripada pemakanan haiwan tersebut yang asli dan organik, iaitu bebas daripada bahan kimia.
Sebiji telur ayam mengandungi lebih kurang 10 peratus cangkerang, 30 peratus kuning telur dan 60 peratus albumen (mengikut berat).
Kandungan kimia telur ayam, telur itik dan telur puyuh tidak terlalu berbeza antara satu dengan lain, kecuali kandungan kolesterol telur itik adalah lebih tinggi sedikit iaitu lebih kurang 16.20 miligram bagi setiap gram kuning telur.
Bahagian putih telur mengandungi protein albumin yang juga merupakan vitamin larut lemak.
Apa yang agak unik adalah ia mengandungi sejenis lagi protein yang dipanggil avidin iaitu sejenis bahan antibiotik semula jadi yang amat berguna untuk melawan jangkitan mikro organisma yang dapat merosakkan telur tersebut.
Antibiotik ini wujud bersama-sama dengan biotin dan akan musnah apabila dimasak. Kadar lemak dan kalori dalam telur adalah rendah tetapi ia kaya dengan sumber protein dan vitamin A.
Bahagian kuning telur merupakan makanan yang mengandungi zat yang berbagai dan seimbang.
Selain kolesterol, ia mengandungi banyak zat-zat makanan yang penting, antaranya adalah 67 miligram sulfur atau lapan peratus daripada keperluan seharian. -

Bagus kan mkn telur ni... mmg kdg2 jemu..tp bole je pelbagaikan menu..nnt dlm entry lain saya msukkn menu plk ye...

2bulan Diet Atkins pny hasil
Loss 3kg..xpe la wlaupon skit tp inchloss sgt bnyk..(Yeayyy suker..)

Prjuangan msih dteruskn.. 

1bln prubhan pd muka mmg da nmpk da..
rmai jgk tegur...Alhmdulillah..

Slps 3bln BerDA gmbr ni berat trun 4kg...yehhuuuu....


Tambah lg dgn exercise stiap pagi sbtu n ahad, dgn hubby yg bnyk mnyokong...mmg lg bsemangat la....

Hari ini 9/5/2014 sudah 129hari aku berdiet ATKINS......

Nak share gmbr latest... berat tbaru 70kg slps 12kg berjaya dbuang dgn jayanya...
......







.....





mnenye....




























taraaaaa.......

 Lilitan kat lengan da bnyk loss...kat peha pon...baju saiz M taw...yehuuuuuuuuuuu....

Tapi peha tu msih lom puas hati la...kene keje kuat lg ni....

Luaskn kuasamu...eh silap....da mcm main bola plk...
Truskn usahamu k chaiyokk2 Aini... raya da dekat ni......

K stop dlu la yer...nk solat...

Daaaa Diiiiiii Duuuuu...

 

2 comments:

  1. caiyok2.,, akak dah berapa bulan meninggalkan DA. inshaAllah nak sambung balik lepas ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gud chaiyokkk k.haza...sronok DA ni.. huhuhuh... duit pon jimat kan...

      Delete