Pages

Hye Uolllss..Welcome to MamaHOts Blog....TQ sbb sudi melawat yew..LOVE U ALL SO MUCH!!!!! Free singgah la lagi ye, jgn malu2...

Friday 9 May 2014

Assalamualaikum wbt....
Hai semua...lama da rsnya x update blog ni.. sejak pmergian arwah abah, mood nk mnulis lenyap trus.. tp lps hampir 8bln pmergian arwah, baru la diriku bole trima dan redha...Allah lebih mnyayangi nya...

Okey, ape2 pon xmo sedih2... kene kuat...actually tgerak hati hari ni nk kongsi psl Diet yg tgh sy On skrg ni...iaitu diet ATKINS..ape itu ATKINS...

Diet atkins adalah diet sehat yang menekankan pemakanan seimbang dan sumber makanan yang segar serta bernutrisi. Tidak ada istilah berlapar dalam diet ini kerana kita dikehendaki makan sekurang-kurangnya 4-5 kali sehari.

Breakfast /snacking before lunch/lunch/snacking before dinner dan dinner....takda supper sorry .

Badan kita menggunakan 2 sumber tenaga
1.glucose (sumber dari gula dan carbohidrate) ,
2.ketone (daripada pembakaran lemak bdn).

Dalam pemakanan harian kita , kita selalunya mengambil byk carbohidrate dan gula.....daripada nasi,roti,biskut,minuman manis, 3in1,oat ,buah-buahan dan sebagainya. Sumber makanan ini mengandungi kandungan gula dan carbo yg tinggi.

Badan kita hanya menggunakan sebahagian sahaja glucose yang kita ambil sepanjang hari sekadar mencukupi untuk aktiviti harian tubuh bdn.

(mkn,minum,tidur,bejalan,mandi,besenam,berak dan sebagainya). Glucose yg lebih akan ditukarkan oleh insulin bdn sebagai lemak bdn dengan tujuan dan harapan supaya akan digunakan apabila diperlukan nanti.

Tetapi malangnya pemakanan kita selalunya tinggi carbo dan gula...maka lemak bdn tidak pernab berpeluang untuk digunakan sebab bdn sentiasa mendapat bekalan carbo/gula.

glucose.....ini kerana apabila level glucose menurun otak akan signal supaya mkn (craving/hunger) ....maka kita akan mkn (carbo dan gula) /satisfy....

selalunya bila level glucose tinggi lepas makan, insulin akan bertindak untuk stabilkan dgn menukarkan glucose yg lebih kepada lemak jadi lemak akan bertambah.....

Biasanya apabila penat exercise kita akan minum/mkn lebih....ini akan menyebabkan lemak bdn tidak berpeluang untuk digunakan (lipolysis).

Diet atkins.
Diet atkins ada 4 fasa 1-4

Fasa 1 ....mesti mengawal pengambilan carbo makanan 18g-21g carbo sahaja sehari selama 2minggu..(induction phase/kick-start)

Fasa 2....boleh tambah jumlah carbo makanan 5g-10g daripada fasa 1 - (balancing phase)

Fasa 3....boleh tambah lagi 5g-10g daripada fasa 2 - (pre-maintainance phase)

Fasa 4......boleh tambah lagi carbo sehingga 70g-90g bergantung kepada tahap toleransi carbo seseorang. (Selagi berat tidak meningkat) - (maintanance phase)

Kenapa mesti +-20g carbo di fasa 1?
Asasnya adalah tubuh bdn kita akan sentiasa menggunakan glucose sebagai sumber tenaga pertama...apabila glucose sudah habis digunakan maka automatik lemak bdn akan digunakan sebagai sumber tenaga....

Beberapa kajian sains menemui jumlah kandugan carbo 20g sahaja sehari adalah yang paling ideal untuk menggalakkan bdn menggunakan glucose dgn cepat dan habis dan dpt memulakan pembakaran lemak sebagai tenaga seterusnya...... ingat bahawa bdn sentiasa memerlukan tenaga untuk berfungsi...

Apabila lemak dipecahkan (lipolysis /ketosis) makan ketone akan dihasilkan..... carbohidrate /gula menghasilkan glucose... Ketone adalah sumber tenaga yang utama untuk otak dan otot....lebih effisien berbanding glucose...apabila ketone digunakan dengan automatik badan akan lebih bertenaga, fokus, kurang craving untuk manis2 dan cepat kenyang apabila mkn.

Ketone juga mempunyai kesan menstabilkan fungsi insulin dan cholesterol bdn (good/bad ratio).

apabila bdn sudah kick-start lipolysis makan lemak yang selama ini menunggu untuk digunakan akhirnya digunakan (yea yea yeah)......secara automatik berat lemak bdn akan mengurang dan bahagian2 lemak terkumpul dalam bdn akan menyusut.... ..pendek kata slim .....

Apa yang perlu kita buat???

Pertama kena makan makanan seimbang

1. Mesti ada protein - sumber dari haiwan (ikan/ayam/daging - 0g carbo) / telur - sebiji telur ayam 0.6g carbo...
2.mesti ada lemak - lemak haiwan eg.kulit ayam/daging/ minyak/olive oil lagi bagus/ majerin/butter/keju (byk choice) / bukan nasi lemak please....
3. Fiber/vitamin dan mineral - mesti makan byk sayur-sayuran hijau.....kalau bukan hijau mcm capsicum kuning/merah biasanya tinggi carbo...carrot dan potato tak dibenarkan kerana berkanji (high karbo)...salad/sawi/kailan/asparagus/kobis/koboi/bunga kobis/brokoli/ taugeh/ zukini/timun dan byk lagi digalakkan.

Basically....makan mcm biasa 4-5 kali sehari cuma hadkan pengambilan carbo/gula......apa yang perlu dihadkan

1. Segala jenis tepung2 dan bahan2yang daripada tepung eg.kuih cincin .kuih muih,goreng pisang ,cekodok, roti ,roti canai, roti prata,tose,roti sardin, roti telur, nasi, nasi bariani, nasi beras herbaponi tajmahal, nasi himpit, biskut, keropok2 sebab ada tepung/ pasti/makaroni/ bihun/soto/kuih teow/ mee tuaran/ mee kampung pek/ nasi dagang/ cendol/pulut / nasi lalap/ nasi ayam penyet (ayam sahaja dgn syur boleh)...ubi2 semua jenis ubi termasuk ubi badak/ubi keling/ubi kayu/ubi batu/upin dan ipin/ dan segala bentuk carbohidrate....
2. Elakkan makanan yang bergula eg.teh tarik ping dgn susu pekat manis (kalau 0 ok)....soft drink,madu, sirap manis, buah-buahan tidak dibenarkan dalam fasa 1 - fasa 3. Fasa 4 boleh dah......apa2 yg ditambah gula elakkan ...contohnya bubur ke apa ke yg ada gula ...especially sweet coklat...serbuk coco asli boleh....
3.elakkan makan rapu dan makanan yg terproses yg tinggi gula dan carbo - caranya kena baca "nutritional info" di tin/paket/label makanan tersebut ....kita akan belajar lebih lanjut nanti.....

Jadi kalau semua tak boleh lapar la nanti ??? Mana sumber tenaga ??

Jangan risau kita tidak akan berlapar sebab kita mesti mkn 4-5kali sehari dengan makanan yg berkhasiat dan menyehatkan cuma kurang carbo dan tiada gula....gula adalah racun metabolisma bdn.....

Dari mana carbo untuk cukupkan 20g carbo sehari selama 2minggu untuk fasa 1.

Jawapannya adalah daripada sayur2an hijau dan sedikit daripada protein dan lemak yang kita makan. Contonya kobis 100g mengandungi 6g carbo,telur ayam sebijik 0.6g

carbo...keju chessdale sekeping 1.1g carbo.....

Perubahan akan berlaku dalam masa 2 minggu....

Woooww pnjg nye celoteh..ade ke org nk baca entry pnjg2 ni...x kesah la hehehe...

Nak berkongsi... Mula stat diet ni pada 1/1/2014..Azam baru katanya..
Actually xde la gemuk mne pon tp saje nk nmpk slim n hot..so try la jgk.. amik ms 2mggu jgk la nk fhm
diet ni...puas la baca buku ATKINS ni..
 
 

Da lps baca tu..bmula la..diet Atkins ku...fewwww....
 
Berat bfore 82kg
Owhh no..see my Drumstick...mcm x caya wooo...lps ank 2 cmni jadinye...bgai dipam2...hahahaha...
 
Tanam kan azam nk kurus sbb raya tahun ni nk bgaya skit ngn baju yg comel, so kene la ikat perut
tahan nafsu mkn ni... dlm 2 mnggu berat trun mmg bnyk... 
 
Slps 2mggu 77kg
fewwww.... 2mggu pny gambar..


Dalam diet ni bnyk pntang larangnye... 


 
Tapi bkn utk slamanya...ade phase die la nk kene lalui...sbb x yakin bdn ni bole kurus ngn mkn produk
kurus kn...so diet ni paling jimat...hari2 mkn telur...

Mkn telur hari2 x tkut kolestrol ke...hurmmm rmai x tahu sbnrnye khasiat telur ni...ape khasiatnye..


RAMAI mendakwa makan telur dalam jumlah yang banyak boleh menjejaskan kesihatan kerana tahap kolesterol yang tinggi. Namun adakah benar fakta tersebut?
Sebenarnya, mengamalkan memakan telur ayam adalah baik kerana banyak khasiatnya. Ia adalah makanan asli yang ideal dan diterima sebagai diet harian manusia di seluruh dunia.
Sejak turun-temurun lagi, telur ayam menjadi makanan menyihatkan dan ubat bagi pelbagai penyakit.
Cara penyediaannya juga mudah. Ia boleh dimasak dengan pelbagai cara sama ada separuh masak, tiga suku masak, rebus, goreng, sambal, kari dan sebagainya.
Telur ayam kampung boleh dijadikan penawar atau ubat tradisional bagi merawat pelbagai penyakit. Permintaannya sangat tinggi kerana ia mengandungi vitamin dan galian yang mencukupi hasil daripada pemakanan haiwan tersebut yang asli dan organik, iaitu bebas daripada bahan kimia.
Sebiji telur ayam mengandungi lebih kurang 10 peratus cangkerang, 30 peratus kuning telur dan 60 peratus albumen (mengikut berat).
Kandungan kimia telur ayam, telur itik dan telur puyuh tidak terlalu berbeza antara satu dengan lain, kecuali kandungan kolesterol telur itik adalah lebih tinggi sedikit iaitu lebih kurang 16.20 miligram bagi setiap gram kuning telur.
Bahagian putih telur mengandungi protein albumin yang juga merupakan vitamin larut lemak.
Apa yang agak unik adalah ia mengandungi sejenis lagi protein yang dipanggil avidin iaitu sejenis bahan antibiotik semula jadi yang amat berguna untuk melawan jangkitan mikro organisma yang dapat merosakkan telur tersebut.
Antibiotik ini wujud bersama-sama dengan biotin dan akan musnah apabila dimasak. Kadar lemak dan kalori dalam telur adalah rendah tetapi ia kaya dengan sumber protein dan vitamin A.
Bahagian kuning telur merupakan makanan yang mengandungi zat yang berbagai dan seimbang.
Selain kolesterol, ia mengandungi banyak zat-zat makanan yang penting, antaranya adalah 67 miligram sulfur atau lapan peratus daripada keperluan seharian. -

Bagus kan mkn telur ni... mmg kdg2 jemu..tp bole je pelbagaikan menu..nnt dlm entry lain saya msukkn menu plk ye...

2bulan Diet Atkins pny hasil
Loss 3kg..xpe la wlaupon skit tp inchloss sgt bnyk..(Yeayyy suker..)

Prjuangan msih dteruskn.. 

1bln prubhan pd muka mmg da nmpk da..
rmai jgk tegur...Alhmdulillah..

Slps 3bln BerDA gmbr ni berat trun 4kg...yehhuuuu....


Tambah lg dgn exercise stiap pagi sbtu n ahad, dgn hubby yg bnyk mnyokong...mmg lg bsemangat la....

Hari ini 9/5/2014 sudah 129hari aku berdiet ATKINS......

Nak share gmbr latest... berat tbaru 70kg slps 12kg berjaya dbuang dgn jayanya...
......







.....





mnenye....




























taraaaaa.......

 Lilitan kat lengan da bnyk loss...kat peha pon...baju saiz M taw...yehuuuuuuuuuuu....

Tapi peha tu msih lom puas hati la...kene keje kuat lg ni....

Luaskn kuasamu...eh silap....da mcm main bola plk...
Truskn usahamu k chaiyokk2 Aini... raya da dekat ni......

K stop dlu la yer...nk solat...

Daaaa Diiiiiii Duuuuu...

 

Tuesday 8 October 2013

Pada saat ini aku sedang mrindui seseorang yg dipanggil ABAH. Rutin harian yg stiap pg aku lakukan iaitu call ABAH utk btanya kabar tiada lg dlm diari hdupku.. Yg tinggal hanya lah EMAK ku yg sntiasa mnyokong aku dkala aku dlm kresahan.. Aku mlakukan prkara yg sama iaitu stiap pg aku akn pastikan yg aku akn call EMAK dan mmastikan die dlm keadaan yg baik.. Hari ini aku ingin mnceritakn kisah bgaimana pmergian ARWAH ABAH yg akn aku ingati smpai bila2..

15.07.1942  -  04.09.2013 (AL-FATIHAH)

Tanggal 03.09.2013 bsamaan dgn hari lahirku yg ke 29thun , 
sperti biasa ABAH akan call smua anak2 nye utk ucapan hari lahir..
Seperti juga aku, ABAH call .....jam 8.00pg 

Abah: Assalamualaikum wbt.. tgh buat ape..da smpai opis?
Aku: Wsalam.. sudah bah... baru je nk buat air tuk sarapan..
Abah: yeke... ni abah nk ckp semoga pnjg umur murah rezeki..ade rezeki tmbh la ank lg yer..jaga diri leklok, jgn tinggal solat.. dgr ckp suami..
Aku: oooppsss hihihih...baik lah.. satu team bola nnt..(pg tu aku prasan x sperti biasa suara abah yg ceria stiap kali abah call. kali ni suara mcm slow je..aku pkir letih agaknye..and pesanan die pon pnjg bjela skit kali ni...)
Abah: Abah nk p bli sarapan ni tuk mak ngn adik skali ngn lunch dieorg..
Aku: Lunch??? baru call brp abah da nk p bli ni...
Abah: OOoowwhh tkut x smpat nnt.. k la abah nk p dlu.. nnt ade rezeki kite jmpa ye kat umah....kem salam wan..(suamiku)..
Aku: Ok bah...in shaa allah..
pappp...hp dmatikn...

Wlaupon dhatiku tdetik satu perasaan yg pelik tp aku tidak mnganggap itu satu 
masalah.. aku mneruskn keje sperti biasa..
Slepas 1 jam blalu, aku dkejutkn dgn satu pggilan telepon dari kg mnyatakan ABAH admit die Hospital Besar Melaka kerana serangan jantung..
Saat itu aku rs mcm sbilah pedang mncucuk dadaku 
Aku tduduk and trus call ke kg iaitu adik prmpuan ku.. Dan mmg sah die juga dlm pjalanan ke hosp. Dgn segera aku mminta izin dr pihak HR opisku utk aku amik cuti 
EL krana nk balik kg.. 
Aku call suami n dgn segera kami pulang ke kg dgn mnaiki motor.. ank2 ku tinggal kat umh pengasuh.. Smpai2 saja aku trus ke wad kcemasan zon merah tgk keadaan arwah ABAH ... aku tduduk... melihat keadaan nya yg seakan2 kbiruan dan aku dberitahu oleh doktor arwah sudah pon thenti nadi jantung selama 25minit.. Doktor tlh pon mmbuat CPR dan arwah kmbali sperti biasa ttapi msih dgn bantuan mesin oksigen..
Tak perlula rsnya aku nk mnceritakn dsini bgaimana arwah bole dserang sakit jantung
sedangkan arwah x pnh ade sejarah sakit jantung apatah lg darah tggi..
Arwah seorg yg ckup jg pmakanan smasa hayatnya..

Swaktu aku tgk keadaan abah aku da th yg die da x lama.. blood pressure naik turun..muntah bwarna kkuningan da mula kluar dari mulutnya.. mata pon da btukar warna krn kkurangan oksigen swaktu nadi thenti td.. doktor pon da bgtaw supaya kami smue standby.. aku mngerti sudah krn aku juga bkerja dhospital. Aku reda andai smpai sni saja hayatnya..Aku mmegang erat jari jemarinya yg uzur lalu ku kucup.. Aku seraya mminta maaf andai aku pnh mnyakitinya,.. tlihat di sisi hujung matanya air mata ABAH mngalir.. mgkin mgerti apa yg aku katakn..slepas tu ARWAH mnutup plahan matanya dan itu la kali trakhir abah mnutup mata buat selamanya..
Pada tanggal 04.09.2013 jam 5.45pg sblom azan subuh ABAH telah mnghembuskn nafas trakhir sendirian.. tidak dtemani ssiapa krn kami tidak dbenarkn masuk krn waktu itu arwah di dlm CCU. yg ade cuma staff nurse and doktor.. kami mngerti dan reda... andai ini takdir Allah.. Bantuan oksigen dlepaskn dan innalillahiwainnahilaihirajiun...


Selama ini aku hanya mngucapkn takziah pd org lain tp kali ini baru aku mngerti saat kehilangan insan yg tsyg.. klu dlu arwah abg ku tp kini arwah ABAH.. Hero hatiku.. 
Lebih sadis lg hal ni blaku pd hari lahirku... pmergiaan arwah amat aku trasa hingga kini walaupon sudah hmpir sbulan blalu.. stiap kali aku pulang ke kg aku akn mlawat kuburnya..

Al-fatihah...

Wish You Were Here


One months have passed
I’ll never forget the day
Someone rang to tell me
That you’d gone away

The hurt is the same
Like an open wound
There are days
I don’t utter a sound

Some days the pain is stronger 
It makes me sick and weak
I can’t stand this much longer
I just sit here and weep
I was not the best
Guilty of neglect
But you know daddy dearest
I had so much respect

I always loved you
My dad, my star
Now my pain is
To worship you from afar

I love you now
As I did back then
I just hope... one day
I will see you again

I am so proud of you 
Brave and strong to the end
Now when asked “how are you?”
There is no need to pretend

We all love and miss you so much, sleep well 
and take care of all who went before you

Forever in my heart lol..love u so much ABAH..

Sekian sudah coretan sadisku pd hari ini.. Aku ingin mnasihati kpd ssmua rakan blogger ku yg masih mmpunyai ayah dan ibu.. jaga la slagi hayat mreka masih ada..
Tiada ssiapa yg bole mganti tmpat mreka dhati kita smua.. Semoga roh ARWAH ABAH MADDON BIN JONIT dtempatkn dsisiNYa.. in shaa allah...





Friday 12 July 2013

1.28pm @ 12/7/2013 @ Friday...

Okey....korang rindu x ngn mamabalqisnaufal....lama da rasanya x mnulis kat blog ni... busy sgt n mmg xde ms nk bkk blog.... nk mencoret jauh skali lah....sibuk mlayan hero Naufal yg skrg da brumur 8bln...and hari ni ade free skit so bole la mmbebel skit...

Hari ni hari ke 3 bpuasa di bulan ramadhan..rasa brsyukur sgt sbb 
masih dberi peluang utk bpuasa.. semoga ramadhan kali 
ini akan lebih bmakna. Tahun ni braya ber 4...
 huhuhu...


Tuesday 16 April 2013

Huhuhuhuhuhu...

Huhuhuhuhuhuhu....
Lama x melakar kat sni..rindu taw... 
Ipad ngn laptop msuk ICU la tu yg x bole nk update status mamahots ni...
neway rindu nk citcat ngn korg..ade pe2 crite tbaru eh..
owh ye lupa...now tgh excited psl hal mngundi kn...
korg blik mngundi x??? mamahots mngundi kene balik kmpung..
Mne???? MELAKA..
K la, skrg tgh waktu keje.. ade patient tgh admission..
So nnt mamahots update lg  yer... love u olllsss....

Wednesday 10 April 2013

Yogurt time for tea break!


Ok...mamahots kan tgh diet..

Arini flavour Mango..mmg best..harga pon murah..nk try diet dgn yogurt la..
nk try 2 weeks.. lunch amik yogurt jer..pass mkn rs perut kenyg, selesa jer..mlm kene mkn buah-buahan...
Skali skala nk amik nasi..rindu giler nk pkene nasi.. alhmdulillah wlaupun tgh on diet, susu bdn sntiasa ade berkat mkn kismis Barakah..Ade rezeki hero mama yg handsome tu..

sok flavor pe x th lg..nnt mamahots updates yer...

Tuesday 9 April 2013

Celebrations Birthday Kakak yg ke 3 thn (9.4.13)


Happy Birthday Buah Hati Mama Yg Ke -3 Tahun

Mama ngn papa doakn semoga kakak mnjadi ank yg solehah bila besar nnt.. Belajar rajin2 yer, jd adik elok2.. papa ngn mama tgh smpan duit nk bli kn kkak hadiah yg kkak nk sgt tuh.. mahal sgt hehehe..nnt mama ngn papa blikn yer..
Kite smbut dgn kek je dlu...Mama ngn papa bahagia sgt dgn kehadiran kkak n melayan karenah n telatah kkak yg buat mama ngn papa sntiasa tsenyum tau..
Selalu buat muka comel je stiap kali klu papa ng mama marah kakak skit hehehe..
Marah2 sayang jer..sbb mama nk kakak jd ank yg dgr cakap n hormat org tua bila mama ngn papa da xde nnt.. Selama mama mngandungkn kkak, mama x pernah mngalami ape2 alahan pon... malah mama makin sihat dari hari ke hari..waktu tu mngidam tomyam bihun je stiap hari..
papa pon ikut sama jgk suka tomyam heheh..
kene la ikut selera org mngandung kn hehehe..
Last but not least, mama akn sntiasa bsama kakak wlau mcmane susah skali pon..
MAMA, PAPA N NAUFAL LOVE KAKAK FOREVER...
Semoga Allah sntiasa melindungi kakak in Shaa Allah....
p/s: sila abaikan latar blkg gmbr ni ek.. mama lom smpat kms umh hehehe..balik keje trus celebrate dlu..



Monday 8 April 2013

Buah-Buahan tempatan...

Perggghhhh...confirm bau satu umah klu buat hantaran..rs mcm xpnh jmpa lg yg mcm ni heheh..
Petai tu paling cantik, mmg penuh je stiap papan..
klu msk smpai petai pergghhh sllruuppp...
terliur beb...